Jurulatih Ulsan Hyundai Tidak dapat terima keputusan AFC

Pengendali jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo sempat meluahkan rasa terkilannya kerana pasukannya tidak diberi peluang untuk turun berlatih di Stadium Sultan Ibrahim.

Ulsan Hyundai akan berhadapan dengan JDT dalam perlawanan terakhir Kumpulan I di stadium yang memiliki kapasiti 40,000 tempat duduk itu pada jam 4 petang ini.

Baca Juga : FAM sudah keluar notis senyap-senyap pada JDT, tidak mahu Kecoh

Menurut Myung-Bo, rumput padang latihan dan Stadium Tan Sri Hassan Yunus di mana Ulsan Hyundai lebih kerap beraksi memiliki permukaan padang yang berbeza dengan apa yang ada di SSI.

Pengendali jurulatih Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo sempat meluahkan rasa terkilannya

Pengendali Ulsan tidak puas hati

Pertemuan pertama di antara kedua-dua pasukan sebelum ini menyaksikan JDT mencipta kejutan menewaskan juara ACL sebanyak dua kali itu dengan jaringan 2-1.

Dan selepas lima perlawanan diharungi oleh semua pasukan, Kumpulan I kini dilihat sebagai antara kumpulan paling sengit ACL 2022 apabila tiga pasukan berpeluang melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Kumpulan I kini dilihat sebagai antara kumpulan paling sengit ACL 2022

Ini menjadikan pertemuan di antara Ulsan Hyundai dan JDT pada petang ini menjadi perlawanan wajib menang buat kedua-dua pasukan.

“Kami kini tiba di perlawanan terakhir [peringkat kumpulan] dan ia adalah perlawanan terpenting kami. Tetapi AFC tidak memberi laluan melakukan latihan [di SSI], dan kami terpaksa melakukan latihan di padang latihan seperti kebiasaan.

“Kami berada di situasi menuju perlawanan di mana kami tidak boleh berlatih [seperti yang diharapkan].

“Padang latihan yang kami gunakan dan permukaan rumput untuk perlawanan esok [hari ini] 180 darjah berlainan. Saya minta maaf, tetapi kami sepatutnya diberikan peluang berlatih di sana [SSI],” kata Myung-bo dalam sidang media semalam.

Kelebihan buat JDT?

Sejauh manakah situasi yang dihadapi oleh Ulsan Hyundai itu akan memberikan kelebihan kepada JDT?

“Kami mengambil bahagian dalam pertandingan ACL pada musim lalu di Thailand, tetapi pada ketika itu semua empat pasukan bertanding beraksi di dalam keadaan [stadium] yang sama.

“Tetapi kini situasinya berbeza. Saya tak dapat bayangkan kelebihan yang JDT perolehi. Saya bependapat AFC harus memikirkan perkara sebegini dengan lebih mendalam,” tambah Myung-bo lagi.

Menurut Myung-bo, AFC terpaksa tidak membenarkan latihan diadakan di SSI untuk menjaga permukaan padang.

Bagaimanapun jurulatih dari Korea Selatan itu menganggap perkara itu bukanlah alasan untuk pasukannya tidak bersemangat untuk bertemu JDT. Beliau mahu anak buahnya terus mempamerkan aksi terbaik dan bermain bersungguh-sungguh menjelang perlawanan petang ini

Baca Juga : TMJ Seru Penyokong Banjiri SSI, ‘Kita Fight Sampai Mati’

Artikel ini disiarkan pada 30/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Baca Juga : Jurulatih Ulsan Hyundai Tidak dapat terima keputusan AFC […]

  • […] Baca Juga : Jurulatih Ulsan Hyundai Tidak dapat terima keputusan AFC […]