Jurulatih Turkmenistan tak salahkan padang punca kekalahan

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Turkmenistan, Hojageldiyev menegaskan yang kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang buruk bukan lah punca utama mengapa skuadnya tewas 3-1 bertemu Malaysia malam semalam.

Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan selesa 3-1 menewaskan Turkmenistan dalam aksi kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Baca Juga: Giliran Jurulatih Bangladesh kecewa kualiti padang SNBJ

Tidak dinafikan yang skuad Harimau Malaya bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini dengan mereka turut mendominasi hampir keseluruhan aksi pada babak pertama permainan.

Skuad kendalian Hojageldiyev itu terpaksa akur tewas di tangan Malaysia dan beliau juga turut mengakui bahawa anak-anak buah Kim Pan-gon itu bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini.

Kualiti padang yang teruk bukan alasan Turkmenistan tewas di tangan Malaysia

Bercakap selepas tamat perlawanan, Hojageldiyev telah memuji aksi dan persembahan para pemain skuad Harimau Malaya dan beliau turut berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya sepanjang perlawanan tersebut.

Hojageldiyev memuji aksi dan persembahan para pemain skuad Harimau Malaya

Beliau awalnya telah ditanya tentang aura dan kesan sokongan padu para penyokong Malaysia, namun penterjemah beliau salah faham tentang soalan dan menganggap wartawan bertanya tentang permukaan padang.

Baca Juga: Jurulatih Bahrain turut luah rasa kecewa dengan padang SNBJ

Dek kerana crowd disangka ground maka jawapan yang diterima dari ketua jurulatih Turkmenistan itu adalah tentang kualiti padang.

“Kualiti padang memang sangat teruk, tapi itu bukan masalah, kedua-dua pasukan bermain di atas padang yang sama. Cuma kelebihan untuk Malaysia sebab sudah terbiasa bermain di padang ini.”

Wartawan SemuanyaBola kemudiannya memperbetulkan semula fahaman penterjemah itu dengan menjelaskan soalan sebenar.

Jurulatih Turkmenistan itu kemudiannya mendedahkan tentang pandangan beliau berkait para penyokong dengan beliau turut teruja melihat sokongan padu dari para penyokong Malaysia dalam perlawanan ini.

Artikel ini disiarkan pada 09/06/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca Juga: Jurulatih Turkmenistan tak salahkan padang punca kekalahan […]