Jurulatih Bahrain salahkan AFC punca padang SNBJ jadi teruk

Helio Sousa menegaskan yang beliau tidak menyalahkan Malaysia atas kualiti teruk padang di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebaliknya menganggap Asian Football Confederation (AFC) yang tak menjalankan tugas mereka dengan sempurna.

Pengurus skuad kebangsaan Bahrain itu turut menghentam AFC dan menganggap mereka sebagai punca keadaan padang semakin teruk dan huru-hara.

Baca Juga: ‘Tak perlu guna penyodok buang air’ – CEO PSM

Bahrain berjaya menewaskan Malaysia dengan keputusan 2-1 dalam aksi perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam semalam.

Seperti semua sedia maklum, kualiti padang di stadium semalam sangat mengecewakan dengan hal itu jelas sekali mengganggu persembahan para pemain kedua-dua pasukan.

Memandangkan hujan lebat selama beberapa jam sebelum aksi sepak mula perlawanan, maka tidak hairanlah mengapa keadaan padang berada di tahap yang sangat mendukacitakan.

Seperti bermain di sawah, padang di stadium dilihat penuh dengan lopak air dan ia jelas sekali tidak sesuai untuk digunakan dalam perlawanan penting seperti aksi kelayakan Piala Asia.

Satu hal yang pasti, aksi dan persembahan para pemain sangat terganggu dek kerana masalah kualiti padang dan sepertinya semua pihak juga bersetuju dengan hal yang sama.

Tidak seperti pengurus lain, Helio Sousa jelas sekali tidak meletakkan kesalahan pada kem Malaysia dengan beliau lebih memilih untuk menghentam AFC sebagai punca mengapa keadaan padang semakin teruk.

Bercakap ketika sesi sidang media selepas tamat perlawanan, pengurus Bahrain itu menegaskan yang AFC sepatutnya menyarankan kepada Malaysia supaya menganjurkan perlawanan kelayakan Piala Asia ini pada dua stadium berbeza.

Menurut Helio Sousa, AFC meletakkan syarat kepada Malaysia supaya menganjurkan semua perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan beliau merasakan hal itu tak sepatutnya berlaku.

“Itu adalah apa yang kita ada, saya rasa sebelum ini kita dah bercakap dengan wakil AFC, ini bukan masalah Malaysia, ini masalah AFC sepatutnya boleh bantu untuk dapatkan lebih baik berbanding situasi pada 20 ke 30 tahun lalu.”

“Mereka minta satu stadium untuk anjurkan enam perlawanan, ia jumlah yang sedikit, mereka sepatutnya minta dua stadium, ia sangat sukar untuk enam perlawanan dalam satu stadium di kejohanan pendek seperti ini.”

“Kita semua tahu negara seperti ini, pada waktu begini, memang ada kebarangkalian untuk hujan, AFC patut main peranan.” katanya pada SemuanyaBola

Agak mengejutkan juga untuk melihat ada pengurus dari negara lain yang faham tentang situasi berkait padang di Malaysia.

AFC menetapkan supaya kesemua enam perlawanan perlu dilangsungkan di padang dan stadium yang sama.

Hal itu sebenarnya sangat tidak masuk akal kerana ia memberi kesan buruk kepada keadaan padang yang terlalu kerap digunakan.

Baca Juga: Jurulatih Bahrain turut luah rasa kecewa dengan padang SNBJ

Walau Malaysia merupakan pasukan tuan rumah, namun bukanlah satu kelebihan untuk para pemain bermain di atas permukaan padang seteruk itu.

Para pemain dari skuad Harimau Malaya juga sebenarnya terkesan dengan kualiti padang dan hal itu sememangnya mengganggu persembahan mereka.

Kekalahan bertemu Bahrain seperti menyukarkan untuk Malaysia layak ke Piala Asia, dengan mereka selepas ini tiada pilihan lain selain menewaskan Bangladesh.

Artikel ini disiarkan pada 12/06/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Baca Juga : Jurulatih Bahrain salahkan AFC punca padang SNBJ jadi teruk […]

  • […] Baca Juga: Jurulatih Bahrain salahkan AFC punca padang SNBJ jadi teruk […]