Jordi Amat semakin hampir perkuat pasukan JDT?

Pemain pertahanan berpengalaman pasukan KAS Eupen, Jordi Amat dikhabarkan bakal menjadi antara salah seorang pemain yang bakal memperkuatkan pasukan di Liga Super.

Beliau yang juga merupakan antara pemain yang sudah lama menjadi buruan pasukan Indonesia telah tiba di Jakarta Sabtu lalu untuk melengkapkan dokumen proses naturalisasinya.

Baca Juga : 7 pemain import dilabel paling ‘gagal’ di Liga Super

Hal ini juga menguatkan lagi desas-desus bahawa pemain ini sudah pun bersedia untuk meninggalkan pentas bola sepak Eropah dan membawa haluan baru ke Asia Tenggara.

Bekas pertahanan kental Swansea ini menjadi antara watak penting buat pasukannya di Belgium selain berperanan selaku kapten pasukan nyata memberi impak yang cukup besar.

Terbaru, media Indonesia telah melaporkan perpindahan pemain itu ke kelab Liga Super Malaysia iaitu Johor Darul Takzim (JDT) telah rasmi.

Jordi Amat semakin hampir perkuat pasukan JDT?

Ketika di Swansea statistiknya juga membuktikan bahawa beliau sememangnya merupakan seorang pemain pertahanan yang sangat baik di sana.

Pemain berusia 31 tahun ini memperoleh purata penilaian setinggi 6.77 sepanjang musim ini selepas berjaya tampil konsisten setiap kali diberi peluang.

Amat juga merekodkan kira-kira 51 hantaran dalam setiap perlawanan dengan ketepatan setinggi 86% telah pun direkodkan.

Kemampuan bekas pertahanan Real Betis ini untuk merencanakan gerakan dari bahagian bawah melalui hantaran-hantaran jauh yang sangat berkualiti sekaligus membuka peluang yang baik buat pasukan.

Statistik Jordi Amat

Disiplin dan komitmen yang tinggi ditunjukkan oleh pemain ini ketika bertahan menjadi aset terbaik buatnya apabila beliau memenangi hampir separuh perebutan bola di udara dan jarang melakukan kesilapan dalam bertahan.

Ini dibuktikan dengan catatan purata 0.7 sahaja kesalahan dalam setiap perlawanan mencerminkan kemampuan beliau untuk beraksi dengan baik di bawah tekanan.

Kehandalan pertahanan ini sudah pasti menjadi tambahan kekuatan pasukan Liga Super Malaysia serta memantapkan lagi jentera pertahanan pasukan.

Baca Juga : Lima Insiden bikin ‘panas’ aksi Negeri Sembilan-JDT

Artikel ini disiarkan pada 16/05/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • […] Baca Juga : Jordi Amat semakin hampir perkuat pasukan JDT? […]

  • […] Baca Juga : Jordi Amat semakin hampir perkuat pasukan JDT? […]

  • […] Baca Juga: Jordi Amat semakin hampir perkuat pasukan JDT? […]

  • […] Baca Juga: Jordi Amat semakin hampir perkuat pasukan JDT? […]