Ibu kandung paksa anak perempuan lakukan seks dengan ayah tiri

Ibu kandung paksa anak perempuan lakukan seks dengan ayah tiri, kini ibu dan ayah tiri akhinya dipenjara.

Itu apa yang berlaku kepada pasangan suami isteri syaitan apabila si ibu yang berusia 41 tahun sanggup memaksa anak perempuan sendiri untuk melayani nafsu ayah tiri gadis berusia 17 tahun itu.

Tergamak seorang ibu memaksa anak kandungnya melakukan seks dengan suami sendiri dan kejadian tidak berperikemanusiaan itu telah dilaporkan berlaku di Desa Geringging Baru, Riau, Indonesia.

ARTIKEL VIRAL: “Ratah anak sendiri” seorang lelaki berdepan hukuman penjara 17 tahun,4 sebatan

Menurut laporan pihak polis, pasangan suami isteri durjana itu kita telah meringkuk dalam penjara diatas perbuatan terkutuk mereka.

Ibu kandung paksa anak perempuan lakukan seks dengan ayah tiri [Gambar Hiasan]

Sebelum itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kuansing (Kasatreskrim) AKP Boy Marudut Tua berkata, ayah tiri tersebut telah berulang kali melakukan seks dengan anak tirinya. Tindakan rogol anak tirinya itu adalah diluar batas perikemanusiaan.

ARTIKEL VIRAL: 7 sebab kes Guru Agama rogol 13 pelajar ditukar ke hukuman mati

“Mereka berdua mengaku sebagai pasangan suami isteri, tetapi tidak ada dokumen nikah. Nikah hanya pengakuan.” kata Boy dalam keterangan kepada pihak media semalam.

Menurut laporan polis, kejadian itu berlaku apabila si suami mengajak isterinya melakukan hubungan seks, tetapi ditolak atas alasan tidak sihat.

Namun tindakan isterinya itu sangat menjijikkan apabila memaksa anak kandungnya sendiri melayan nafsu ayah tirinya itu. – Kompas

ARTIKEL VIRAL: Janda anak 1 menyundal, didenda RM3,500

Artikel ini disiarkan pada 10/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)