Harith Haiqal sedia ikut jejak Rodney baiki ‘defend’ Kedah?

Aksi pertahanan tengah skuad B-23 negara, Harith Haiqal sewajarnya mendapat perhatian pasukan Kedah Darul Aman FC dan semua pasukan Liga Super saat ini.

Disebalik kegagalan skuad Sukan SEA 2021 baru-baru ini, ada juga beberapa perkara positif daripada skuad ini terutamanya aksi beberapa pemain yang nampak meyakinkan dan layak diberi pendedahan saingan Liga Super.

Baca Juga: 7 pemain import dilabel paling ‘gagal’ di Liga Super

Walaupun majoriti pemain-pemain ini hanya tampil dalam saingan kedua tertinggi Liga Malaysia (Liga M), mereka mampu memberi saingan sengit kepada lawan yang jelas diperkuatkan dengan tiga pemain senior.

Seperti sebelum ini kita telah melihat beberapa pemain yang dipinjam keluar mempamerkan prestasi baik ketika dipinjam. Antaranya S. Kumaahran bersama Sri Pahang, Rodney Calvin (Kedah Darul Aman) dan Quentin Cheng (Penang) sehingga mereka telah menjadi sebutan dalam kalangan para penyokong untuk diambil secara tetap.

Rodney Calvin adalah antara yang telah berhijrah secara tetap selepas semusim beraksi secara pinjaman bersama Kedah.

Baca Juga: 7 pemain Import Kedah yang paling ‘manTOP’

Di Sukan SEA 2021, prestasi pemain di benteng boleh kita katakan agak baik terutamanya Harith yang mempamerkan permainan yang matang.

Bakal menginjak ke usia 20 tahun, sudah wajar beliau diselitkan dalam skuad utama di Liga Super. Setakat ini, beliau belum membuat sebarang penampilan skuad utama Selangor.

Dalam saingan liga musim lalu, Harith tampil sebanyak 66 minit dengan membuat dua penampilan.

Menurut bekas pemain dan kapten Selangor, Shahrom Kalam, Harith sewajarnya sudah berada dalam kesebelasan utama Selangor pada musim ini. Beliau membuat ciapan di Twitter mengenainya semalam.

“Harith Haiqal dah patut main ‘1st eleven’ Merah Kuning ‘first team’. ‘Compose’, ‘good in ariel duels’, ‘good in 1vs1 defending’ dan ‘distribution ball forward pass’. Yang penting [pemain] nombor 5.”

Twitter Shahrom Kalam

Malah menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, pemain seperti Harith sebenarnya sudah layak untuk bersama skuad senior kebangsaan. Ini kerana, beliau berkata pemain ini boleh menjadi lebih baik berbanding Sharul Nazeem – pemain yang seringkali berada dalam senarai pilihan oleh Kim Pan-gon.

“Pendapat tidak popular, saya harap tiada yang ‘hentam’ saya, tetapi saya rasa Harith Haiqal boleh jadi lebih baik berbanding Sharul Nazeem. Saya telah melihat permainannya. Dia tahu bila perlu jadi agresif dan memperbaiki aspek pintasan dan hadangannya. Dia boleh jadi lebih baik dari sekarang ini.” kata wartawan The Star T. Avineshwaran

Untuk menjadikan perkara ini realiti disamping Harith Haiqal mendapat pendedahan sepatutnya di Liga Super – jika Selangor tiada perancangan untuk menggunakannya, wajar untuk pemain ini dipinjamkan keluar seketika.

Peminat cadangkan Kedah untuk cuba merisik pemain ini bagi memperkuat pertahanan dan cabaran Liga Super dan Piala AFC selepas tempoh rehat sebulan ini. Jika tidak secara tetap, mungkin pinjaman. Kita tahu, beliau mungkin bintang masa depan pasukan, tetapi tidak salah buat beliau untuk keluar ‘cari angin’.

Baca Juga: Jang umum bersara, Kedah dapat import baru slot Asia?

Di bahagian pertahanan dilihat sangat rapuh ditambah kecederaan baru yang menimpa pemain import dari Korea, Jang Suk-Woon yang turut umum bersara akibat kecederaan itu. Bagi menghadapi Piala AFC 2022 pada bulan Jun ini Kedah perlu lakukan seuatu dengan kadar yang segera membaiki pertahanan.

Artikel ini disiarkan pada 24/05/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)