Harga tiket konsert penyanyi Noraniza Idris ‘Malai Solo’ cekik darah?

Kuala Lumpur: Penyanyi Noraniza Idris menyangkal dakwaan harga tiket konsert Malai Solo yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober depan sebagai ‘cekik darah’.

Noraniza atau mesra disapa Kak Ani berkata, harga yang diletakkan adalah berbaloi dengan persembahan yang bakal dipertontonkan dan tidak banyak beza dengan harga konsert yang pernah diadakan sebelum ini.

“Mahal ke? Saya rasa macam okey kerana ada buat rujukan harga tiket konsert sebelum ini. Harga-harga tiket biasanya RM250 hingga RM1100. Jadi saya hanya tambah sedikit saja daripada harga yang pernah diletakkan penyanyi lain.

“Lagipun nilai yang saya tetapkan berbaloi dengan persembahan bakal disajikan kerana saya menggunakan pengarah muzik dan penari profesional serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Malai Solo Noraniza Idris di Istana Budaya, hari ini.

Dalam majlis itu pelantun lagu Dikir Puteri itu turut mengumumkan penerimaan dana sebanyak RM3 juta daripada sebuah syarikat hartanah.

“Alhamdulillah saya rasa lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan Konsert Malai Solo. Bagaimanapun saya masih mengalu-alukan penaja lain yang ingin membantu membiayai konsert ini,” katanya.

Dianjurkan oleh NIPV Managament Sdn Bhd, Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Noraniza menyanyikan 24 buah lagu termasuk medley yang merangkumi lagu berentak Irama Malaysia dan etnik kreatif. Tiket yang dijual sejak 19 Ogos lalu bermula RM299 hingga RM1599.

Artikel ini disiarkan pada 24/08/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (12)
  • Ila 1 week

    king’s college london coursework coursework history a level coursework writing coursework for bcaba

  • Philip 6 days

    coursework for nursing coursework vs exams coursework project coursework only degree

  • Mason 6 days

    coursework layout coursework utd jcq coursework malpractice coursework ka hindi

  • Elsie 6 days

    coursework report qmul coursework extension coursework cv courseworkinfotest.com

  • Alica 6 days

    coursework cover page coursework buy uk coursework master
    degree coursework title page

  • Penny 6 days

    coursework vs thesis masters coursework que significa coursework vs
    research masters coursework resources

  • Lavern 6 days

    knewton coursework qasp coursework design and technology gcse coursework coursework ka hindi

  • Ernesto 6 days

    coursework jamii forum coursework in korean coursework on a resume coursework in

  • Dieter 6 days

    coursework average calculator coursework gcse pe
    coursework def mycourseworkhelp.net

  • InessamnPt 6 days

    coursework psychology
    [url=”https://brainycoursework.com”]buy coursework[/url]
    coursework support

  • Terese 5 days

    coursework info coursework masters meaning coursework sample coursework meaning in english