
Exco Indonesia ‘Respon’ Isu Jordi Amat sertai JDT?
Exco Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Hasani Abdulgani berkata pihak badan induk bola sepak negara itu tidak masuk campur khabar angin Jordi Amat bakal menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kenyataan daripada Exco PSSI itu tiba selepas ditanya mengenai kemungkinan pemain pertahanan tengah itu bakal beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada musim ini.
Baca Juga: Jordi Amat semakin hampir perkuat pasukan JDT?
Kembali jadi perbincangan, terkait rumor Jordi amat bergabung dengan raksasa MSL, Johor Darul Ta’zim!
Kalo beneran kejadian, gimana menurut lo bols?
Apakah terlalu cepat meninggalkan Eropa dan bermain di Asean, atau memang sah-sah aja toh juga ini JDT! pic.twitter.com/BhWGxBbiX2— GARAGARABOLA (@garagarabola_) May 17, 2022
Amat adalah pemain keturunan Sepanyol-Indonesia. Walaupun dilahirkan di Catalonia, Jordi Amat memiliki pertalian darah dengan Indonesia melalui neneknya.
Beliau kini berada di Indonesia untuk melengkapkan proses naturalisasi dan bakal diserap ke skuad Garuda kendalian Shin Tae-yong.
Jordi Amat sertai JDT?

Jordi Amat sertai JDT?
Ketibaan pemain berusia 30 tahun itu ke Indonesia juga mencetuskan khabar angin pemain itu bakal menyertai JDT apabila jendela perpindahan Liga Malaysia mulai dibuka pada 28 Mei akan datang.
Perkara itu menjadi kemungkinan selepas Jordi Amat sendiri kini tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas kontrak bersama KAS Eupen di Liga Belgium telah pun tamat.
Beberapa laporan portal bola sepak di dalam negara dan Indonesia turut mengaitkan Amat dengan JDT.

Menjawab soalan netizen di Instagram mengenai khabar angin tersebut, Hasani tidak menafikan atau mengiyakan khabar angin itu.
Komentar Hasani Abdulgani terkait Jordi Amat yang rumornya akan berlabuh ke JDT. pic.twitter.com/dbOaEVy2iY
— Update Score Bola (@UpdateBolabola) May 17, 2022
Menurut Hasani, pihaknya hanya menguruskan perkara berkaitan dokumentasi dan melengkapkan proses naturalisasi Amat dan tidak ikut campur tangan dalam pilihan kelab yang bakal disertai oleh pemain itu selepas ini.
Bekas pertahanan kental Swansea ini menjadi antara watak penting buat pasukannya di Belgium selain berperanan selaku kapten pasukan nyata memberi impak yang cukup besar.
Beliau juga merupakan salah seorang anggota skuad B-17 Sepanyol yang berjaya meraih tempat ke-3 ketika Piala Dunia B-17 pada 2009.
Artikel ini disiarkan pada 17/05/2022