Dulu abang angkat di sekolah tapi sekarang jadi ayah tiri

Dulu abang angkat di sekolah tapi sekarang jadi ayah tiri..Fenomena adik, kakak dan abang angkat sangat popular ketika zaman belajar dahulu. Tujuan memilik adik-beradik angkat adalah kerana kononnya ingin menjaga ‘si adik’ daripada diganggu atau dibuli oleh kawan-kawan mahunpun senior di sekolah.

Namun, lain pula kisah seorang gadis ini apabila abang angkat sewaktu zaman sekolah dulu, kini menjadi bapa tirinya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Ceqq Manehh di TikTok, memaparkan dia bersama seorang lelaki yang dipercayai abang angkatnya. Pada awal video, mungkin ramai yang menyangka bahawa hubungan mereka bakal berakhir dengan perkahwinan, namun lain pula yang jadinya.

@ceq_jihaaa Nak join trend #masukberanda ♬ suara asli – Angi Lay

Lebih mengejutkan lagi apabila rupa-rupanya abang angkatnya itu berkahwin dengan ibu kandungnya sekaligus dia menjadi anak tiri kepada lelaki berkenaan.

Mula-mula berangkat, last last jadi bapak tiri.

@ceq_jihaaa Reply to @mohd.azreen2 ♬ original sound – Ceqq manehh_

Di video yang lain, pada awalnya gadis ini seolah-olah tidak boleh menerima hakikat dengan apa yang terjadi, namun akur dengan jodoh yang ditentukan oleh Allah SWT.

Aku sebenarnya tak sedia nak ada ayah tiri tapi nak buat macam mana dah jodoh mak aku kan. Mak aku umur 50 tahun, ayah tiri aku 30 tahun. Aku doakan mak aku bahagia dengan pilihan dia.

ARTIKEL MENARIK : [Video]Cerai isteri talak 3 secara live di facebook

Artikel ini disiarkan pada 15/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)