Dituduh sering ‘check in’, Fiza Halim ‘buka mulut’

Didakwa buat khidmat seks, akhirnya Fiza Halim tampil bersuara. Nama pelakon Fiza Halim tiba-tiba menjadi panas di media sosial. Baru-baru ini, sebuah akaun Instagram (IG) berkongsi artikel yang mendakwa Fiza membuat maksiat dengan seorang pelanggannya dalam bilik air di sebuah hotel terkemuka.

Ketika dihubungi OhBulan!, Fiza menganggap dakwaan itu sebagai satu fitnah kerana tidak benar sama sekali.

Baca Juga: 2 wanita berjaya diselamatkan dari jadi ‘hamba seks’

Pemilik nama Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim mengakui pada mulanya dia ingin mendiamkan diri memandangkan ibunya kini sedang terlantar sakit.

“Ikutkan saya malas nak layan sebab tak tahu nak kata apa. Saya tahu fasal fitnah itu pun sebab peminat yang hantar kepada saya.

Kalau saya diam saja, orang anggap berita itu betul. Kalau jelaskan pun, mesti ada yang kata tipu. Saya pun tak tahu dah nak kata apa.

Ibu saya dah la tengah sakit… dia baru saja disahkan mengidap penyakit kanser usus, dah stage 3. Tiba-tiba datang pula masalah lain.”

Tegas aktres berumur 41 tahun, dia tidak akan melakukan perbuatan keji yang boleh menconteng arang terhadap diri sendiri dan keluarga.

“Boleh fikir sendiri, logik ke tak. Takkan la saya nak buat maksiat di tempat umum dan malukan diri sendiri dengan berkongsi di laman sosial.

Agak-agakla nak sebar fitnah sampai macam itu sekali… sangat melampau! Saya ada anak dan keluarga, takkan la saya nak buat benda terkutuk itu.

Baca Juga: Ibu kandung paksa anak perempuan lakukan seks dengan ayah tiri

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Elite enggan menuduh mana-mana pihak kerana menyedari ramai orang iri hati melihat kebahagiannya.

Saya tak tahu siapa penyebar fitnah itu dan apa motif dia. Saya tak berani nak tuduh siapa sebab ramai orang dengki tengok kebahagiaan kita.” Katanya lagi

Sebelum ini, hantaran tersebut menunjukkan paparan skrin beberapa status pengguna Twitter yang mendakwa pernah membayar Fiza untuk pengkhidmatan seks.

Artikel ini disiarkan pada 15/06/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca Juga: Dituduh sering ‘check in’, Fiza Halim ‘buka mulut’ […]