Diganggu pocong selepas urus kes kemalangan

LUMRAH hidup bujang apabila merantau ke tempat orang, ramai anak muda memilih untuk berkongsi rumah sewa bagi menjimatkan perbelanjaan.

Seorang pemuda dikenali sebagai Kamarul Affiq mendakwa rumah sewanya di Pasir Gudang, Johor, diganggu makhluk halus, sekitar awal tahun lalu.

Memulakan ceritanya, Kamarul Affiq berkata dia menyewa kediaman dua tingkat itu bersama dua individu yang bekerja sebagai polis dan guru.

Kelibat berbungkus atas katil

“Aku sewa ni tiga orang dan rumah ni ada empat bilik. Sebuah bilik tingkat bawah, tiga bilik tingkat atas. Kami bertiga duduk seorang satu bilik tingkat atas. Bilik bawah untuk tuan rumah. Dia balik satu atau dua kali sebulan untuk jengah rumah.

“Peristiwa tu berlaku dalam pukul 12 malam. Aku baru balik kerja. Bila aku sampai je rumah, aku tengok motor dua housemate aku tak ada. Mungkin mereka kerja malam atau main futsal. Jadi aku masuk je dalam rumah. Dah penat, bagi salam pun tak, basuh kaki pun tak, terus aku masuk. Bila aku nak tutup pintu bilik, aku dapat rasa ada angin menyapa ke muka. Terus naik bulu tengkuk aku.

“Aku pergi dapur, minum air, lepas tu kembali semula ke ruang tamu. Weh aku nampak pintu ruang tamu terbuka luas. Aku toleh belah kanan, aku nampak pintu bilik tuan rumah terbuka sikit. Aku pun bengong pergi jengah bilik tu, aku perasan ada benda baring atas tilam, berbungkus,” ujar pemuda itu.

rumah

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah sewa dua tingkat di kawasan Pasir Gudang. (Gambar Hiasan)

Imbasnya lagi, dia yang panik terus keluar dari kediaman itu sebelum menghubungi salah seorang rakannya yang sedang dalam perjalanan pulang.

Apa yang mengejutkan, bukan dia sahaja yang pernah diganggu, malah rakannya yang bekerja sebagai polis itu juga mendakwa pernah melihat kelibat misteri seperti pocong.

“Aku macam separuh gila weh. Cepat-cepat aku keluar rumah, capai rokok, terus hisap kat luar rumah. Sambil tu aku call housemate aku. Nasib baik yang polis tu tengah nak balik. Aku pun tunggu dia sampai 1.30 pagi. Member aku sampai terus tanya kenapa aku duduk luar.

“Aku cakap la aku nampak benda. Dia diamkan dan aku pun pelik kenapa dia macam tak bangkang cerita aku. Sambil tu, aku tengok dia, dia buat gaya macam pocong untuk tunjuk benda yang aku nampak. Rupa-rupanya dia pun pernah terserempak benda tu kat dapur,” cerita Kamarul lagi.

Ada ‘benda’ ikut pulang ke rumah

Bercerita lanjut, Kamarul berkata rakannya yang dikenali sebagai Aiman itu mula mengalami gangguan di rumah sewa itu selepas dia pulang dari tugasan melibatkan kes kemalangan.

“Aiman ni polis, so aku syak benda ni dia bawa. Benda ni berlaku selepas dia pergi uruskan satu kes accident. Malam tu aku dengan cikgu tak ada. Aku biasalah kerja syif, cikgu tu balik kampung.

“Aiman ni lepas waktu kerja, dia terus balik. Silap dia, dia terus balik rumah. Tak pergi kedai dulu atau balai dulu ke apa. Dia balik tanpa bersihkan diri la senang cerita,” kata Kamarul.

69800668_645379385972891_4518243868122021888_n

Aiman berasa aneh apabila pakaian yang dicampak dalam bakul tiba-tiba berada di atas lantai. (Foto: Facebook)

Ceritanya lagi, Aiman mula perasan ada sesuatu yang tidak kena apabila pakaian kotornya tiba-tiba terkeluar dari bakul, malah anak jirannya juga menangis kuat selepas terserempak dengannya di luar rumah.

“Sekali dia balik, ada la jiran tu tengah pegang anak umur dalam setahun, bila dia parking luar, nak masukkan kereta dalam porch, budak tu menangis macam nampak sesuatu. Padahal elok je tadi budak tu berdukung. Si Aiman ni senyum je la kat pakcik tu, dalam hati tak nak fikir bukan-bukan.

“Bila masuk rumah, dia terus tanggalkan pakaian, dia campak dalam bakul baju kotor kat tingkat bawah dan terus naik atas untuk mandi. Lepas mandi dia stay la atas sampai Maghrib. Dalam 8.30 malam dia pun turun sebab nak keluar beli makanan di pasar malam.

“Masa dia turun, dia nampak baju kotor yang dia campak dalam bakul tu terkeluar dari bakul. Macam ada orang bawa keluar. Dia pun panggil la kami, kot-kot kami dah balik. Tapi tiada siapa menyahut. Dia ambil baju dan terus masukkan dalam mesin basuh kat dapur,” cerita Kamarul lagi.

Pocong melompat dalam rumah

Tanpa disangka-sangka, Aiman mula perasan kehadiran entiti misteri di dalam rumah itu namun dia enggan berfikir bukan-bukan kerana jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam.

file5vefrtfwbx4nwv1z84r

Gangguan pocong semakin menjadi-jadi selepas Aiman pulang dari pasar malam. (Gambar Hiasan)

“Sambil-sambil di dapur, hujung mata dia perasan macam ada satu kelibat berbungkus tengah pandang dari ruang tamu. Dia pun cepat-cepat toleh dan tengok tak ada apa-apa. Baru pukul 8.30 malam, takkan dah ada hantu kot.

“Dia pun pergi pasar malam dan balik dalam pukul 10. Bila balik semula ke rumah, Aiman buka TV. Tengah dia makan, dia dengar macam ada suara mendengus ‘uhhhh’ kat dapur macam bunyi nafas orang lama tersekat, lepas tu dapat release nafas tu,” imbas Kamarul lagi.

Tambahnya, Aiman yang tertanya-tanya mengenai bunyi misteri itu terus bangun untuk ke dapur sebelum dia dikejutkan dengan kelibat pocong yang kaku di dapur.

“Biasalah polis, berani dia lain macam. Dia tengok baju polis dia tu ada atas lantai, padahal tadi dah masuk dalam mesin basuh. Dia angkat dan masukkan semula. Lepas tu dia kembali ke kerusi depan TV untuk sambung makan.

“Tengah-tengah dia makan, dia toleh ke dapur, dia nampak satu lembaga pocong tengah bongkok mengiring julur kepala dari dapur. Weh benda tu statik je tengok dia. Dia pejam mata, dia buka balik mata, ada lagi benda tu tengok dia. Sambil air liur berdarah, muka separuh hancur.

Dc2gZABV0AE_U92

Tuan rumah terpaksa memanggil ustaz untuk menghalau kehadiran pocong itu. (Foto: Twitter)

“Dan benda tu, keadaan rupa sama macam mayat kemalangan siang tadi. Aiman mengucap panjang dan terus pejam mata sambil peluk tubuh Benda tu tak berhenti kat situ. Benda tu siap belai-belai atas badan belakang Aiman. Aiman terus lari keluar. Bila dia kat luar, dia dengar bunyi macam ada hentakan loncatan dalam rumah. Dia call member balai suruh datang teman dia malam tu,” cerita Kamarul panjang lebar.

Baca:Dark tourism: Misteri rumah Agnes 

Selepas terbongkarnya kisah gangguan mistik yang berlaku kepada kepada dua pemuda itu, pemilik rumah sewa terus memanggil seorang ustaz untuk ‘membersihkan’ kediaman berkenaan.

“Ustaz cakap rajin-rajinkan penuhkan rumah tu, jangan biar ada ruang kosong. Maklumlah kamu bujang, banyak masa kat luar rumah atau kat bilik saja. So lepas ustaz tu bersihkan, kami dah tak kena kacau. Tapi seram tu masih ada la.

“Kawan kami yang cikgu tu tak pernah kena, so mungkin amal dia lebih kot dari kami,” ujar Kamarul berseloroh menerusi perkongsiannya di Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia.

-MStar

Artikel ini disiarkan pada 12/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (12)
  • Tiffani 2 weeks

    coursework advantages and disadvantages coursework research coursework que significa coursework king’s college

  • InessamnPt 1 week

    coursework sample of written work
    [url=”https://brainycoursework.com”]differential equations coursework[/url]
    coursework writing service

  • Stephan 6 days

    coursework history a level coursework vs research coursework coursework grades

  • Gita 6 days

    coursework vs research coursework for psychology degree coursework for high school teachingcoursework.com

  • Felicitas 6 days

    coursework at a college or university course work hero coursework spelling coursework in

  • Parthenia 6 days

    coursework website narrative coursework examples creative writing
    english coursework buy coursework online

  • Oma 6 days

    coursework sample of written work coursework research coursework grade boundaries coursework for high school

  • Williemae 6 days

    coursework vs research masters coursework computer science coursework
    paper courseworkdomau.com

  • Seymour 5 days

    coursework umich stats coursework student do my coursework coursework for high school

  • Tina 5 days

    coursework masters vs research masters coursework only degree
    qasp coursework coursework vs thesis

  • Carroll 5 days

    coursework layout coursework guidelines 9396 coursework moderation coursework bank