CIMB disaman RM650 juta oleh pemegang akaun kesal kesilapan pihak bank

CIMB disaman RM650 juta oleh pemegang akaun. 650 pemegang akauan di bank CIMB telah memfailkan saman berjumlah RM650 juta ke atas bank berkenaan secara class-action berikutan isu kesilapan pemprosesan dari pihak bank itu yang telah mengakibatkan mereka menanggung hutang serta akaun dibekukan.

Tuntutan dari 650 pemegang akaun CIMB itu merangkumi kos bagi menampung semula risiko yang bakal ditanggung mereka. Pihak CIMB juga telah didakwa mengambil wang secara paksa ke atas 650 pemegang akaun tersebut sekitar RM1,007,702.91 untuk proses pemulihan hutang.

Pemegang akaun juga telah membuat tuntutan kerugian yang dianggarkan berjumlah sekitar RM1 juta seorang ke atas bank CIMB ke atas kecuaian mereka.

LAGI ARTIKEL MENARIK : Status Permohonan Pengeluaran Khas KWSP bermula 9 April, ini cara semak

Selain itu, kesemua mereka telah membuat tuntutan kepada Mahkamah Tinggi untuk segera membatalkan akaun pengguna dalam tempoh 7 hari selepas keputusan dicapai. Pemegang akaun juga menuntut ganti rugi am beserta faedah sebanyak 5% setahun dari tarikh saman itu difailkan.

CIMB disaman RM650 juta oleh pemegang akaun kesal kesilapan pihak bank

Menurut mereka lagi, tuntutan dibuat atas sebab menuntut pembelaan terhadap hak pemegang akaun CIMB yang terjejas berikutan kesilapan yang dilakukan pihak bank serta mereka berdepan dengan sekatan wang kerana dibebani hutang.

Tindakan pihak CIMB mendebit wang daripada akaun adalah menyalahi undang-undang dan melanggar peraturan yang melibatkan institusi kewangan di negara ini serta dilihat bercanggah dengan aturan Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut peguam Nazmi Mohd Zaini yang mewakili kesemua 650 pemegang akaun dalam tuntutan itu berkata, beliau akan memohon saman serupa seperti yang difailkan bulan lalu oleh 12 pemegang akaun terhadap CIMB untuk dibicarakan bersama kes terbaharu.

LAGI ARTIKEL MENARIK : 7 sebab kes Guru Agama rogol 13 pelajar ditukar ke hukuman mati

Artikel ini disiarkan pada 10/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)