Perkongsian resepi Cara buat ketupat raya!

Bila tiba raya, hidangan lemang dan ketupat palas semestinya antara yang wajib ada. Tanpa hidangan ni, tak lengkap raya tau. Bagi anda yang teringin nak cuba buat Ketupat Palas untuk raya tahun ni, resipi perkongsian saudari D’Iris Marissa Maria ni boleh dicuba. Sangat sedap dimakan dengan serunding, rendang ataupun nisan cair ( manisan cair).

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg beras pulut
  • 1/2kg santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan garam kasar
  • 2 sudu makan gula
  • Daun palas secukupnya

Daun palas

CARA MEMASAK:

1. Beras pulut dibersihkan dan rendam selama 12 jam. Kemudian kukus hingga masak.

2. Campurkan santan bersama air. Kemudian masak santan tersebut bersama gula dan garam hingga mendidih.

3. Masukkan pulut yang baru siap dikukus ( panas-panas) ke dalam bekas bersesuaian dan masukkan santan. Gaul hingga sebati dan biarkan seketika.

4. Bila pulut telah sejuk, bolehlah dibalut dan dibungkus menggunakan daun palas. Lakukan hingga habis.

5. Setelah siap, ketupat boleh dikukus atau direbus seketika supaya rasanya lebih sedap dan tahan lama.

siap untuk dijamah!

Sertai Whatsapp Group Resepi Masakan:

-Resepi masakan (https://chat.whatsapp.com/ImL9A3LPt0u5o6Pd4o023L)

-Resepi masakan Perak(https://chat.whatsapp.com/D2v5NS3BasVCYG4YeiAp7g)

-Resepi masakan Kelantan(https://chat.whatsapp.com/KI8E1sjza3iIdM91mXE7Mq)

-Hampa masak apa hari ini?(https://chat.whatsapp.com/Kvn08wQIjXbAbDKOX5p79Z)

-Resepi masakan Kedah (https://chat.whatsapp.com/CR1hHIwBmlsKSSu5L9qTAr)

-Resepi masakan Ganu (https://chat.whatsapp.com/FaSvLhOuhkB73pADyPTNKU)

-Makan kat mana hari ni? (https://chat.whatsapp.com/Gu5SLsWa3cU8zApdHOK4gC)

-Food Hunter (https://chat.whatsapp.com/JWhIicy6f7m31caMpL9dJ2)

Baca juga:

5 Resepi Kuih Raya paling digemari

[Video] tips sahur kenyang lama

Resepi Kuih Semperit Coklat

 

Artikel ini disiarkan pada 08/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)