Bengang jalan berlubang-lubang, wanita ini pakai sut angkasawan berlakon seperti berada di bulan

Sebelum ini jalan berlubang sehingga seorang lelaki bengang dan bertindak menanam pokok pisang di jalan yang berlubang itu, nampaknya kali ini ada cara yang lebih unik demi menarik perhatian pihak berkuasa untuk membaiki jalan yang rosak.

Menurut Malay Mail, seorang wanita di bandar Khon Kaen, Thailand telah bertindak memakai kostum seakan sut angkasawan di kawasan jalan berlubang kerana jalan di situ dah macam permukaan bulan.

Dikenali sebagai Chaluayjit Wansueb, wanita yang berusia 33 tahun itu difahamkan telah mengambil gambarnya dirinya memakai helmet dan sut hazmat berwarna putih sebelum foto tersebut dimuat naik di media sosial dengan kapsyen berupa,

Berita tergempar, sebuah planet baru telah ditemui di Jalan Ban Huai Jod-Nong No. Kami menunggu pihak berkuasa untuk bertanggungjawab dengan hal ini untuk keselamatan bersama,” katanya.

Dapat dilihat juga bahawa individu tersebut memegang bendera Thailand. Jalan sepanjang tiga kilometer itu dikatakan dipenuhi dengan lubang yang dikhuatiri akan membahayakan penduduk setempat.

Nampaknya, caranya itu tak sia-sia sebab pihak berkuasa akhirnya datang untuk membaiki jalan tersebut dengan segera setelah gambar dan video tersebut tular di pelbagai platform media termasuklah di televisyen negara itu.

Lepas ni kalau area rumah korang ada jalan berlubang, mungkin boleh cuba viralkan guna cara ni just in case laporan korang tak dihiraukan.

BACA JUGA : Ini 4 perkara akan berlaku jika internet seluruh dunia terputus

Artikel ini disiarkan pada 11/10/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)