Bekas ahli parlimen antara yang dilantik Setpol Anwar

Bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Md Akin dilantik sebagai setiausaha politik kanan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Anwar sendiri menerusi Facebook selepas bekas timbalan menteri industri utama itu mengangkat sumpah kerahsiaan pagi tadi, di hadapan Anwar dan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali.

Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Alor Star, Chan Ming Kai, dilantik setiausaha politik, bersama Ahmad Farhan Fauzi.

“Semoga mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan baik dan penuh tawaduk,” kata Anwar.

Shamsul daripada PKR merupakan wakil rakyat Hang Tuah Jaya dan Bukit Katil dari 2013 hingga 2022, dan merupakan timbalan menteri dalam pentadbiran Perdana Menteri ke-7, Dr Mahathir Mohamad.

Chan juga ahli PKR, dan pernah menjadi ADUN Simpang Pulai (2008-2013), ADUN Indera Kayangan (2013-2018), dan kemudian mewakili rakyat Alor Setar dari 2018 hingga 2022.

BACA : Bantuan tunai diteruskan, fasa 1 dikredit mulai Januari

Artikel ini disiarkan pada 23/12/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)