
Baru je nak buat challenge tiktok, gadis terjatuh ke belakang tembok
Baru je nak buat challenge tiktok, gadis terjatuh ke belakang tembok. Aplikasi TikTok merupakan medium hiburan untuk semua menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing. Ada yang pandai berjoget, menyanyi, berlakon dan banyak lagi. Ramai berlumba-lumba membuat challenge yang terdapat dalam TikTok kerana menghiburkan dan melucukan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan dua orang gadis sedang menari namun lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Siap sedia nak mula menari, tapi terjatuh dalam semak pula.
Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang gadis sedang merakam dirinya membuat satu challenge menari di TikTok.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila sebaik saja gadis berbaju hitam itu menekan butang rakam dan bersedia untuk menari, dia dilihat terjatuh ke dalam semak samun.
Gadis itu dilihat hilang keseimbangan semasa berundur ke belakang. Kawan sebelah terpaksa menolongnya untuk bangun.
“Reverse sensor rosak ke kak, selalunya ada bunyi” – Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 7.5M tontonan, 605K tanda suka dan 16K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gadis itu.
Berita Lain:
2 tahun digelar mandul, akhirnya wanita ini umum saat bahagia disaksikan 1.9 juta penonton
Ini tanda-tanda kucing anda cemburu, ambillah langkah ini untuk atasi
Sayu ! Selepas dilanggar kereta, kucing ini terhuyung hayang cari anak untuk disusukan
Artikel ini disiarkan pada 16/02/2022