Bapa Sajat kini dalam keadaan semakin tenat-Adik Sajat

Adik Sajat memaklumkan bahawa bapanya kini sedang sakit tenat. Bapa usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kini berada dalam keadaan tenat.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh adik Nur Sajat, Mustika menerusi perkongsian dilaman Instagram Storynya hari ini.

“Minta semua doakan ayah saya, ayah dah makin tenat,” katanya ringkas dalam storynya.

Adik Sajat maklum bapanya sedang sakit tenat

Sementara itu, Nur Sajat dalam satu hantaran dilaman Instagramnya memberitahu untuk mengesahkan bahawa kesihatan bapanya memang tidak begitu baik sejak minggu lepas lagi.

“Minggu lepas lagi ayah tak sihat, Sajat kat sini selalu buat ‘video call’ dan dapat kirimkan duit belanja untuk keluarga.

“Apa-apa pun, Kak Long dan Mak selalu ‘update’ pasal hal ayah saya. Doakan baik-baik untuk keluarga saya. Harap semunya okey,” tambahnya pada hantaran instagram.

Terdahulu, Nur Sajat kini menetap di Australia sejak tahun lalu setelah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari Malaysia setelah menjadi buruan pihak berkuasa.

Baca Juga: https://www.hotstuffmalaysia.com/dulu-abang-angkat-di-sekolah-tapi-sekarang-jadi-ayah-tiri/

Artikel ini disiarkan pada 15/04/2022

CATEGORIES