“Bagaimana mereka punya banyak duit dalam PRU? – Mat Sabu

Kuala Kedah – Malam Karnival Jelajah Perpaduan Rakyat turut hadir Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

 

YB Tuan Haji Mohamad Bin Sabu juga tidak melepaskan peluang untuk berucap di majlis dimana beliau mengatakan mahu mengambil giliran berucap awal kerana ingin naik boat bersama rakyat untuk pergi mencandat sotong selepas selesai majlis ini.

Beliau juga mengatakan bahawa beliau memilih tempat Kuala Kedah ini kerana pernah menjadi wakil rakyat suatu ketika dahulu sekitar tahun 1999 hingga 2004. Beliau juga berkata bahawa, dahulu beliau juga ada mengikuti nelayan turun ke laut untuk pukat ikan temenung dan naik boat untuk pukat tunda.

Penonton ramai yang hadir mendengar ceramah pada malam itu

Beliau berkata dalam  Ceramah Karnival Jelajah Perpaduan Rakyat di Padang Awam, Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, di sini, malam tadi. Kemewahan yang dimiliki Pas pada PRU-15 tahun lalu juga menyebabkan Umno sendiri tidak mampu berbelanja seperti yang dilakukan Pas.

“Bagaimana mereka punya banyak duit dalam PRU? Umno pun hairan, Umno dulu selalu guna banyak duit dan kita kata mereka, tetapi Umno pun terkejut Pas banyak duit.

Disamping itu, dalam ucapan beliau, beliau sangat menghormati ulama khasnya Nik Aziz dan Ustaz Fadzil. Tok Guru Hadi Awang juga ulama tapi menolak Pakatan Harapan kerana ingin menolak “DAP komunis”.

“Dengan wang dan propaganda bohong, mereka perangkap persepsi orang Melayu. Pembohongan mereka sebab ditutupi serban dan jubah putih membutakan orang percaya, padahal pembohong.

“Yang kuat bohong sekali Presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, dia seorang ulama tapi di penghujung usianya dia suka bohong dan pembohongannya itu orang Melayu percaya,” katanya.

Baca:[V]Karnival Jelajah Perpaduan Rakyat di Kuala Kedah

Ketika YDP Agong memperlawa untuk masuk Kerajaan Perpaduan menolak kerana DAP banyak yang jadi menteri walaupun ketika itu belum lagi menubuhkan kerajaan kerana keputusan siapa yang menjadi Perdana Menteri masih belum tahu.

Beliau juga memuji Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dalam ucapan tahun baru yang mengemukan surat daripada Saidina Ali Bin Abi Talib kepada Malik Bin Al-Haris Al-Ashtar. Ini melambangkan Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim adalah good gabenor. Dimana beliau (Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim) menegas.

“Siapa yang tak sanggup potong gaji, tak sanggup hidup sederhana jangan jadi menteri.”

Beliau berseloroh sambil ketawa ketawa sudah lawan begitu lama dapat jawatan gaji sudah kena potong.

Hotstuff Malaysia 

Artikel ini disiarkan pada 13/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] BACA : “Bagaimana mereka punya banyak duit dalam PRU? – Mat Sabu […]