Amanah Kedah serah memorandum kepada pejabat mufti

Mufti negeri Kedah diminta mengeluarkan suatu bimbingan hukum berkaitan resolusi yang dikeluarkan oleh Muzakarah Ulama Kedah sempena pilihanraya umum ke 15 yang berlangsung baru-baru ini.

Antara petikan muzakarah itu yang berbunyi, “Muzakarah Ulama pada hari ini sebulat suara bersetuju bahawa gabungan parti politik yang mesti dipilih oleh pengundi pada PRU15 ini adalah Perikatan Nasional..”

Sehubungan dengan itu, Amanah Negeri Kedah melalui salah seorang jawatankuasa pimpinan negerinya, Ustaz Ridzwan Abu Bakar telah menyerahkan satu memorandum terhadap Mufti negeri Kedah, Dato’ Hj Fadzil bin Hj Awang bagi memohon pihak jabatan mufti mengambil serius resolusi berkenaan.

“Kita juga ingin menarik perhatian Sohihus Samahah Dato’ Mufti berkenaan penglibatan 2 orang ahli jawatankuasa fatwa negeri dalam muzakarah berkenaan dimana penglibatan mereka boleh menimbulkan kegusaran awam apabila ahli jawatankuasa fatwa dilihat bersikap berpihak dalam isu pemilihan pimpinan secara demokrasi yang dibenarkan dalam perlembagaan negara” ujar Ustaz Ridzwan Abu Bakar.

Menurut beliau lagi yang juga merupakan ahli jawatankuasa pimpinan Amanah di peringkat nasional, resolusi berkenaan sekiranya diaku terima, ia akan menafikan hak kebebasan memilih dan penyaksian awam dalam proses syura demokrasi.

Justeru itu, bimbingan hukum daripada pejabat mufti diharap dapat merungkai segala kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh segolongan ‘orang agama’ yang telah menjadikan hukum hakam agama sebagai alat tunggangan untuk meraih laba politik.

Artikel ini disiarkan pada 16/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • InessamnPt 6 days

    database coursework
    [url=”https://brainycoursework.com”]coursework writing uk[/url]
    buy coursework