Aksi Natxo Insa pikat hati Kim Pan Goon?

Dalam kemenangan bergaya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Ulsan Hyundai semalam, pemain tengah JDT, Natxo Insa mencuri tumpuan apabila mempamerkan aksi yang sangat berkualiti.

Baca Juga : 4 Perkara kejayaan JDT ‘baham’ bekas juara ACL

Seperti yang diketahui, Natxo merupakan pemain yang mempunyai hantaran-hantaran yang tepat. Selain mempunyai hantaran yang tepat, beliau juga mempunyai kebolehan untuk merampas bola dari kaki lawan.

Natxo Insa tenang mengawal bola ketika aksi menentang Ulsan Hyundai semalam

Bekas pemain Levante dan Valencia di Liga Sepanyol ini diberikan peranan selaku pemain ‘nombor 6’ yang meletakkan beliau selaku pemain tengah bertahan. Dan beliau menjalankan tugas dengan sangat baik malam tadi apabila beliau kerap kali mengganggu pemain Ulsan ketika mereka mengawal bola.

Selain itu, beliau juga berkebolehan dalam membaca permainan dan berjaya menghubungkan barisan pertahanan dan tengah pasukan JDT dengan sangat kemas. Walaupun ada kalanya beliau naik sedikit ke atas, namun beliau pantas untuk turun semula membantu pertahanan.

Natxo Insa Kredit gambar Facebook JOHOR Southern Tigers

Dengan prestasi terbaik yang dipamerkan oleh beliau, ada kemungkinan juga nama beliau akan dipanggil oleh pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon. Jika dinilai dari perlawanan-perlawanan pasukan negara bulan lepas, ternyata peranan pemain tengah ‘nombor 6’ sangat diperlukan Pan-gon sekaligus dapat membantu pasukan negara layak ke Piala Asia 2023.

Memetik laporan Makanbola Untuk rekod, kali terakhir Natxo Insa menyarung jersi kebangsaan adalah pada Mac 2018 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Mongolia. Perlawanan tersebut berkesudahan keputusan seri 2-2 dan Natxo beraksi penuh dalam perlawanan itu. Perlawanan itu merupakan satu-satunya penampilan Natxo bersama Harimau Malaya.

Baca Juga : 5 sebab Guangzhou FC mudah jadi ‘lauk’ JDT

Artikel ini disiarkan pada 19/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca Juga : Aksi Natxo Insa pikat hati Kim Pan Goon? […]