Aksi anak musang menunggang burung belatuk yang sedang terbang curi tumpuan

Anak Musang Melakukan Tunggangan Menakjubkan Di Belakang Seekor Burung Belatuk

Aksi anak musang menunggang burung belatuk yang sedang terbang curi tumpuan. Inilah detik yang menakjubkan di mana seekor anak musang menaiki belakang seekor burung belatuk. Gambar-gambar tersebut telah diambil oleh Martin Le-May seeorang jurugambar dari Timur Landon yang ketika itu dia sedang berjalan-jalan di taman dan terdengar bunyi yang menarik perhatiannya.

Aksi anak musang menunggang burung belatuk yang sedang terbang curi tumpuan

Seekor burung terbang melintasi kepalanya dan kelihatan seekor mamalia kecil di belakangnya lalu dia pun mengeluarkan kamera dan menangkap beberapa keping gambar ini.

Apa yang kelihatan pada mulanya seperti satu babak menakjubkan sebenarnya adalah satu gambaran suatu perjuangan kehidupan antara seekor burung belatuk dan musang. Apabila burung belatuk mendarat, kedua-dua haiwan tersebut sedikit berlaga sebelum burung belatuk tersebut terbang tinggi

Musang diketahui umum sebagai haiwan yang suka memusnahkan dan menyerang sarang burung Le may menulis pada catatan: “Burung belatuk berlalu dengan hidupnya. Musang itu lenyap di sebalik rumput panjang, kelaparan.

Berita Lain:

Saintis percaya Marikh pada masa lalu merupakan dunia yang sejuk dan basah

Guru Geografi cemas dikejar badak air, puncanya memang mengejutkan

Demi mahu masukkan juga akuarium besar, pemilik sanggup pecahkan dinding rumah

Artikel ini disiarkan pada 31/01/2022

CATEGORIES