Aisar Khaled Sedih Ramai Sanggup Pergi Konsert Justin Bieber, Biarkan Masjid Lenggang

Baru-baru ini, perkongsian seorang influencer kontroversi, Aisar Khaled menjadi perhatian ramai apabila seolah membandingkan sambutan konsert Justin Bieber dengan suasana di masjid.

Menerusi video dimuat naik di aplikasi TikTok, Aisar dilihat merakamkan wajahnya yang hiba melihat keadaan di sebuah masjid yang dikatakan lengang.

@aisarkhaledd

Kadang rasa sebak ampunkan kami ya allah .

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Tulisnya, konsert artis antarabangsa itu mendapat sambutan luar biasa, namun keadaan di masjid kosong sedangkan ianya percuuma.

Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu mengundang kecaman netizen yang menyelar kenyataannya itu serta ada yang mendakwa influencer itu pasi akan ada ketika konsert itu nanti.

Bagaimanapun, ada yang bersetuju dengan teguran Aisar itu serta berharap orang ramai bersangka baik dengan perkongsiannya itu.-RK

Artikel ini disiarkan pada 27/03/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)