Air mula naik di kawasan rendah di Johor

Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di negeri ini dinaiki air di Kluang, Kota Tinggi dan Segamat.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor menyenaraikan 432 kawasan ‘hotspot’ banjir di negeri ini susulan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam.

Pengarah APM Johor Penolong Pesuruhjaya Kamal Mokhtar berkata, ia melibatkan daerah Kluang di Lereng Sungai, Kampung Tengah Dalam dan Jalan Sawi, Yap Tau Sah.

“Semua daerah dengan kawasan kediaman berdekatan sungai, serta tempat rendah, berisiko dinaiki air banjir jika hujan lebat turun secara berterusan.
“Setakat ini tiada pusat pemindahan sementara secara rasmi dibuka walaupun berlaku banjir kilat di Batu Pahat, Kota Tinggi, Muar, Pontian, Kluang dan Tangkak akibat hujan seharian semalam,” katanya.

Antara kawasan 'hotspot' yang dinaiki air susulan hujan lebat berterusan. - Foto JBPM

Malam tadi, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya sehingga esok di Johor membabitkan daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Kulai dan Mersing.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut melaporkan menerima panggilan berhubung insiden banjir di Lorong Makmur, Kampung Baru Sungai Mas dekat Kota Tinggi serta Kampung Pekan Air Panas dan Kampung Paya Merah Lama dekat Labis Segamat.
Bagaimanapun jumlah sebenar mangsa terlibat sedang dikemas kini.

 

ASTROAWANI

 

Baca juga : https://www.hotstuffmalaysia.com/trafik-lebuh-raya-utama-dijangka-sesak-mulai-tengah-hari/

Artikel ini disiarkan pada 24/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)