Adakah ini petanda berkuburnya kumpulan Zero?

Anggota kumpulan lawak Zero, Sharif menafikan seorang anggotanya, Atu disingkirkan apabila dia menyertai kumpulan Boro dalam Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).

Sharif berkata, itu adalah keputusan Atu untuk menyertai kumpulan Boro yang turut dianggotai Achey dan Fad daripada kumpulan Bocey.

Selain Sharif dan Atu, kumpulan Zero yang juga trio adik-beradik itu turut dianggotai Syaiful.

 ini

Sharif (kiri) dan Syaiful.

Namun, kumpulan yang menjuarai MLM2014 itu boleh dianggap ‘berpecah’ apabila Sharif bersama Syaiful kini menganggotai kumpulan Tiro dalam MLM2021 bersama Danial yang juga bekas peserta Lawak Solo.

Sharif berkata, tiada istilah berpisah atau berkecil hati kerana itu adalah pilihan Atu.

“Tidak ada juga istilah ‘rampas-merampas’ anggota kumpulan dan sebagainya,” katanya kepada Harian Metro.

Sharif ketika ditemubual di sidang media MLM2021 berkata, dia pernah bercakap jika tanpa Zero, dia takkan bertanding di MLM.

“Namun, ada juga peminat yang cakap, takkan disebabkan ketiadaan Atu, Zero tak lengkap dan saya tak bertanding.

“Jadi, di pentas MLM 2021, saya bersama Syaiful takkan hampakan peminat dan kami akan ubati kerinduan peminat bersama Danial dalam kumpulan Tiro,” katanya.

Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai pergolakan dalam kumpulan itu menyebabkan Atu ingin membawa haluan sendiri.

MLM 2021 akan mula bersiaran pada 15 Oktober ini dan membariskan 11 kumpulan yang bakal bertanding.

Apa yang menarik, edisi kali ini menyaksikan pertembungan antara muka lama dan muka baru antaranya Achey, Fad, Vicha, Azlee Senario, Yassin Senario, Phoon Chi Ho, Prakash Daniel, Farid Azmeir dan ramai lagi.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/rap/2021/10/763970/kumpulan-zero-berkubur

BACA JUGA : Kenali 5 watak jahat dalam filem yang sebenarnya diambil dari watak penjahat sebenar

Artikel ini disiarkan pada 09/10/2021

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)