7 pemain Import Kedah yang paling ‘manTOP’

Kedah Darul Aman antara pasukan yang sering memperkenalkan barisan pemain import menyerlah sehingga setiap kali akhir musim, akan ada beberapa pasukan lain berminat mendapatkan mereka untuk tahun seterusnya.

Baca Juga : 5 Faktor Aidil Sharin boleh ucap ‘bye bye’ pada Kedah?

Berikut adalah 7 pemain Import Kedah yang dilihat berjaya memberi impak terbaik sepanjang zaman.

Thiago Augusto (2016)

Thiago Augusto telah berjaya membuat 4 gol dalam 7 penampilan

Pemain ini hadir pertengahan musim sebagai penyelamat bersama Shane Smeltz selepas pemain penyerang import Kedah ketika itu tidak menunjukkan aksi yang diinginkan.

Beliau dipinjamkan oleh Felda United dengan pertukaran pemain Kedah, Ahmad Fakri Shaarani. Walaupun hanya membuat 4 gol dalam 7 penampilan, aksi beliau ketika itu menjadi kenangan manis buat penyokong pasukan Lang Merah.

Chidi Edeh (2015)

Pemain kelahiran Nigeria ini menjadi penyerang import pasukan Kedah pada musim 2015 bersama sama dengan Liridon Krasniqi dan Sandro da Silva.

Chidi Edeh telah membantu pasukan Kedah dengan menjaringkan 18 gol dalam 2 penampilan

Beliau telah membantu pasukan Kedah dengan menjaringkan 18 gol dalam 2 penampilan ketika beraksi di Liga Premier Malaysia. Kekal hanya semusim sebelum keluar menyertai kelab Enugu Rangers di negara kelahirannya.

Billy Mehmet (2014)

Rekod 15 gol dalam 26 penampilan menjadikan beliau antara penyerang yang digemari oleh peminat bola sepak pasukan Kedah FA.

Pemain berusia 35 tahun ini tiba di Darul Aman pada tahun 2014 sebelum berhijrah ke Sarawak FA pada tahun berikutnya. Rekod 15 gol dalam 26 penampilan menjadikan beliau antara penyerang yang digemari oleh peminat bola sepak pasukan Kedah FA.

Penyokong bola sepak Kedah pernah bangkitkan isu kepada pihak pengurusan kerana tidak melanjutkan kontrak pemain penyerang ini pada penghujung musim 2014 sehingga menyebabkan beliau meninggalkan Kedah FA

Fernando Rodriguez (2019)

Sepanjang bersama Kedah, Fernando telah berjaya meledak 21 gol daripada 23 penampilan untuk memberi keceriaan buat para penyokong setelah agak kecewa pada musim sebelum itu akan aksi Pablo Pallares dan Paulo Rangel yang kurang menyerlah.

Fernando telah berjaya meledak 21 gol daripada 23 penampilan untuk Kedah

Aksi beliau yang konsisten tersebut berjaya mencuri tumpuan Johor Darul Ta’zim untuk menandatangani pemain dari Sepanyol tersebut pada tahun seterusnya hingga kini bagi beraksi bersama pasukan feeder di Liga Premier.

Shane Smeltz (2016)

Pemain yang beraksi di World Cup ini telah tiba di pertengahan musim 2016 menggantikan Kahe (penyerang Kedah ketika itu). Tidak menunggu lama, beliau telah menunjukkan aksi yang hebat dengan menjaringkan 11 gol dalam hanya 18 perlawanan.

Pemain yang beraksi di World Cup ini telah tiba di pertengahan musim 2016 menggantikan Kahe

Aksi rembatan deras dan tandukan yang tepat menerjah jaring menjadi trademark jaringan pemain ini. Beliau juga berjaya membuat gandingan hebat bersama seorang lagi penyerang Kedah, Thiago Fernandes

Ken ilso Larsen

Pemain kelahiran Denmark ini hadir dengan reputasi penggempur yang digeruni dari Liga Singapura.

Pemain kelahiran Denmark ini hadir dengan reputasi penggempur yang digeruni dari Liga Singapura.

Beliau membuktikan ketajaman penyudah beliau dengan 25 jaringan dalam 33 penampilan untuk pasukan Kedah. Walaupun bertubuh kecil, aksi lincah dan rembatan deras membuatkan pertahanan pasukan lawan sukar untuk menghalang ketajaman beliau melobos jaring lawan.

Marlon Alex James

Marlon Alex James pemain import yang berjaya bantu pasukan Kedah memenangi kejuaraan double treble

Pemain ini boleh dikatakan pemain import terbaik di dalam Liga Bola Sepak Malaysia sepanjang zaman. Hadir ke Liga Malaysia dengan mewakili MK Land dan terus menunjukkan taringnya dengan menjaringkan 41 gol dalam 39 penampilan

Baca Juga : 3 Bekas Pemain Import Kedah ‘Biggest Flop’, era Aidil Sharin

Baca Juga : 3 pembelian Import yang ‘menjadi’ era Aidil Sharin

Saksikan video pemain import mantap Kedah di bawah

Artikel ini disiarkan pada 10/05/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Baca Juga: 7 pemain Import Kedah yang paling ‘manTOP’ […]

  • […] Baca Juga : 7 pemain Import Kedah yang paling ‘manTOP’ […]

  • […] Baca Juga : 7 pemain Import Kedah yang paling ‘manTOP’ […]