5 sebab Guangzhou FC mudah jadi ‘lauk’ JDT

Skuad kendalian Benjamin Mora nyata langsung tidak menghadapi sebarang masalah untuk menumpaskan Guangzhou FC dari China apabila Johor Darul Takzim berjaya mencatat kemenangan besar dengan keputusan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam.

Jika dinilai daripada prestasi semasa JDT, pasukan tersebut awal-awal lagi dijangka bakal memenangi perlawanan ini tanpa masalah yang besar. Berikut merupakan 6 sebab mengapa Guangzhou FC menjadi ‘lauk’ JDT.

Struktur permainanan yang kukuh

JDT sudah ada struktur permainan yang sangat kukuh musim ini dan sukar untuk digugat mana-mana pasukan tempatan yang lain dari segi intensiti, falsafah, kekuatan di segenap posisi, dan mentaliti mereka.

Corbin Ong (Kiri) meraikan jaringan Forestier (Tengah) setelah rembatan kencangnya gagal diselamatkan penjaga gol Guangzhou FC

Paling menarik, JDT berjaya mengatasi masalah tidak stabil mereka seperti setiap awal musim dari segi corak permainan dengan tampil lebih menyakinkan.

Pemain import yang serasi dan tajam

Hatrik penyerang sensasi Bergson telah bantu pasukan JDT

Pemain import musim ini juga berjaya ditampung dengan baik oleh Forestieri untuk mengurangkan sedikit tekanan buat Bergson di bahagian serangan.

Arif Aiman dan Shane Lowry Konsisten

Ariff Aiman (Tengah) membuktikan beliau merupakan ‘wonder kid’ dalam semua perlawanan yang disertainya

Arif Aiman dan Shane Lowry antara pemain yang sangat konsisten menjalankan tugas buat pasukan dengan baik untuk digugat apa-apa sekalipun dari segi motivasi.

Masalah dalaman Kelab Guangzhou FC

Guangzhou FC

Guangzhou FC ketika ini merupakan antara kelab yang bermasalah dan mereka sekadar menghantar skuad kedua/simpanan sahaja yang berusia bawah 22 tahun. Tiada pengalaman yang meluas serta pencapaian yang kuat buat kelab tersebut untuk dijadikan sebab mengapa mereka akan memenangi perlawanan ini.

Sokongan tidak henti dari penyokong JDT

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim yang rata-rata diketahui para penyokong JDT iaitu B.O.S sentiasa memeriahkan 90 minit stadium dengan sorakan bergema mereka untuk menghadirkan rasa gerun buat lawan.

Penyokong JDT

Semoga JDT mampu menunjukkan terus kepada dunia bahawa mereka bukan sekadar juara di peringkat domestik. Tetapi, mereka sudah bersedia untuk menakluk asia berdasarkan persediaan dan situasi semasa pasukan.

Aksi seterusnya bakal menyaksikan pertemuan antara JDT menentang pasukan Ulsan Hyudai dari Korea Selatan pada 18 April untuk benar-benar memberi cabaran buat Benjamin Mora merangkai taktikal berhadapan lawan yang lebih ampuh itu.

Artikel ini disiarkan pada 16/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Baca Juga : 5 sebab Guangzhou FC mudah jadi ‘lauk’ JDT […]

  • […] Baca Juga : 5 sebab Guangzhou FC mudah jadi ‘lauk’ JDT […]