5 Langkah Semak Baki Kredit Touch ‘n Go Pada MyKad Anda

Selain kad Touch ‘n Go (TNG) sendiri, MyKad juga boleh digunakan sebagai alternatif kepada kad TNG untuk membuat pembayaran tol, tambang kenderaan awam, atau membayar tempat letak kenderaan.

Namun, masih ada lagi pengguna yang belum tahu untuk menyemak baki kredit yang tinggal dalam MyKad.

Untuk pengetahuan anda, baki MyKad juga boleh disemak melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Di sini Wiser.my ada kongsikan bagaimana cara untuk semak baki kredit TNG pada MyKad.

Cara semak baki Touch ‘n Go pada MyKad

Langkah 1: Buka aplikasi TNG eWallet. Pada halaman utama, pilih ‘Toll’.

Langkah 2: Pilih ‘TNG Card’.

Langkah 3: Klik ‘ADD A NEW CARD’ di bahagian bawah skrin.

Langkah 4: Masukkan MFG No yang boleh didapati pada resit tambah nilai Touch ‘n Go dalam MyKad.

Langkah 5: Namakan kad anda. Kemudian, masukkan kod pengesahan yang dihantar ke telefon anda.

Selesai. Anda kini boleh semak baki kredit dalam MyKad menerusi aplikasi TNG eWallet.

Semoga bermanfaat!

Baca Juga : 5 aplikasi Islamik Tempatan paling kerap diguna sepanjang ramadan

Artikel ini disiarkan pada 17/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)