3 Sebab JDT mampu catat kemenangan atas Kawasaki Frontale

Setelah berjaya mengutip satu mata berharga untuk meletakkan Johor Darul Ta’zim di persada Kumpulan I dalam saingan ACL musim 2022 ini ketika mengikat Kawasaki Frontale, malam ini skuad kendalian Benjamin Mora bakal membuat perhitungan sekali lagi bersama jaguh dari Jepun itu untuk pemburuan tiga mata berharga.

Baca Juga : 3 Bekas Pemain Import Kedah ‘Biggest Flop’, era Aidil Sharin

Musim ini, JDT tampil dengan begitu bertenaga dalam saingan ACL apabila masih belum merekodkan sebarang kekalahan serta mencatat dua kemenangan berturut-turut atasi Guangzhou FC dan Ulsan Hyundai sebelum terikat seri bersama Kawasaki Frontale bagi mengutip tujuh mata berharga.

JDT bakal berentap dengan Kawsaki Frontale sekali lagi malam ini

Jangkaan perlawanan malam ini pastinya ditampilkan dengan lebih menarik serta momen-momen tak terjangka mungkin akan dilihat oleh para penyokong.

Jelas Mora dalam sidang media semalam, skuad kendaliannya kini berada dalam momentum terbaik untuk mencatat keputusan positif menentang anak buah Toru Oniki.

Memetik SemuanyaBola, berikut 3 sebab mengapa JDT bakal meraih kemenangan ketiga dalam saingan ACL musim ini:

Taktikal Benjamin Mora atasi pasukan gergasi

Benjamin Mora

Umum diketahui Benjamin Mora bukanlah masih baharu bersama JDT, malah beliau sudah beberapa tahun membawa kelab tersebut bersaing di saingan ACL.

Berdepan dua lawan yang memiliki tempo permainan tinggi dan bagus dari segi teknikal, nyata Mora berjaya mengkaji segalanya yang diperlukan untuk berdepan pasukan-pasukan tersebut tanpa perlu bermain secara bertahan.

Natxo Insa menjadi individu paling penting buat Mora

Natxo Insa menjadi individu paling penting buat Mora mencorakkan taktikal apabila pemain ini memahami kehendak pengendali dari Mexico itu untuk merangkai segala pergerakan JDT sewaktu menyerang atau bertahan.

Kualiti pemain diperbaharui

Musim lalu, JDT antara pasukan yang bermasalah di saingan ACL kerana mereka kekurangan kreativiti dan ketajaman di bahagian serangan.

Kelibat Gonzalo Cabrera pada musim lalu juga kurang memberi impak terbaik seperti tahun-tahun sebelumnya serta aksi yang dipamerkan oleh Guilhermen De Paula juga kurang menyakinkan.

Untuk itu, kehadiran pemain berprofil tinggi iaitu Fernando Forestieri berjaya menyelesaikan masalah tersebut apabila sudah meledak dua gol sepanjang tiga aksi di saingan ACL.

Kehadiran beliau berjaya mengurangkan tekanan buat Bergson yang berseorangan di hadapan dalam memburu gol musim ini.

Walaupu kedua pemain itu gagal mencipta sebarang gol pada perlawanan lalu, mereka masih mampu hadi memberi ancaman berbahaya sesekali buat pertahanan Kawasaki Frontale serta Mora pastinya sudah merangkai idea buat dua mesin gol tersebut menembusi gawang lawan malam ini.

Ini adalah Stadium Sultan Ibrahim!

Siapa sahaja mampu menafikan faktor terpenting ini?

Beraksi di laman sendiri nyata segalanya memberi kelebihan buat JDT untuk beraksi dengan lebih baik disebabkan sudah terbiasa dengan keadaan sekeliling dan sukar untuk mana-mana lawan di peringkat domestik mencipta sebarang kemenangan atau mencatat seri selain dihantui kekalahan.

Ditambah dengan sorakan padu daripada para penyokong terutama sekali Boys Of Straits, jelas motivasi pemain sedia meningkat dan memberi rasa gerun buat mana-mana lawan yang menghadapinya.

Selain itu, kehadiran pemilik kelab iaitu TMJ sendiri sentiasa hadir untuk memberi sokongan buat pasukan kesayangan baginda dengan sorakan penuh ‘energetik’ sehingga minit akhir perlawanan.

Seiring dengan mentaliti positif TMJ, perkara yang sama turut disambut oleh para pemain dengan menginterprestasikannya di atas padang setiap minit permainan mereka.

Moga pasukan ini mampu terus mengharumkan nama negara dengan menjadi ‘giant killer’ dalam saingan ACL musim ini.

Baca Juga : 6 Perkara JDT Berjaya Ikat Kawasaki, ‘Badak’ antara curi tumpuan

Baca Juga : Wanita misteri ‘master’ Taktikal bantu JDT menuju kuasa besar Asia?

Artikel ini disiarkan pada 24/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Baca Juga : 3 Sebab JDT mampu catat kemenangan atas Kawasaki Frontale […]