3 pemain menyerlah dan ‘gagal’ era pemilik JDT, TMJ

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), TMJ dipetik berkata dalam usaha untuk memantapkan cabaran pasukannya, beliau mahu membawa lebih ramai pemain warisan.

Ini adalah selepas JDT sah melakar sejarah pasukan pertama dari Malaysia mara ke pusingan kalah mati, AFC Champions League (ACL) apabila muncul sebagai juara Kumpulan I, peringkat kumpulan ACL 2022 pada Sabtu.

Harimau Selatan tampil agresif dan garang menundukkan pasukan terbaik di K-League, Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 dalam aksi terakhir kumpulan serta berhasil melonjak pasukan ke tangga teratas kumpulan. Persaingan slot tiga penjuru dalam Kumpulan I menyaksikan JDT perlu menang dalam perlawanan terakhir.

Baca Juga : 5 Perkara Kejayaan JDT cipta sejarah mara pusingan akhir ACL

Baca Juga : Jurulatih Ulsan Hyundai Tidak dapat terima keputusan AFC

Kini JDT hanya menanti untuk turun beraksi di pusingan 16 terbaik yang dijangka akan berlangsung pada 18 atau 19 Ogos depan, berdepan satu lagi wakil J1 League, Urawa Red Diamonds dalam format kalah mati.

Barangkali teruja dengan impak yang ditampilkan beberapa pemain warisan dalam skuad JDT kini, TMJ berhasrat untuk membawa lagi pemain-pemain Malaysia di luar negara untuk menjadi tonggak pasukan sebagaimana beberapa pemain yang boleh kita angkat sebagai tunjang kekuatan pasukan pada saat ini.

“Kita ada lagi perancangan untuk membawa beberapa lagi pemain Malaysia yang bermain di luar negara, yang saya rasa berminat [menyertai JDT]. Kami akan ‘approach’ untuk memantapkan lagi pasukan ini pada masa depan, supaya kita ada lebih lagi Natxo Insa, ramai lagi Corbin Ong dan Matt Davies serta Hong Wan.” Kata TMJ kepada Astro Arena.

Jika diamati, ini bukanlah kali pertama JDT terlibat dengan proses membawa pulang pemain-pemain warisan ke Malaysia bagi menyertai JDT. Agak ramai yang dibawa ke JDT dan tidak semuanya membuahkan hasil.

Berikut adalah 3 pemain yang menyerlah dan yang gagal di JDT sejak ‘projek’ ini digerakkan oleh Harimau Selatan. Gagal di sini bukanlah bermaksud projek tersebut gagal, namun pemain tersebut sama ada gagal untuk pecah masuk ke pasukan utama ataupun tidak memenuhi jangkaan pasukan dan juga TMJ di Harimau Selatan.

Natxo Insa, Malaysia-Sepanyol (Levante, Sepanyol)

Tidak salah untuk kita mengangkat, Natxo Insa adalah ‘masterpieces’ dalam semua pemain warisan yang dibawa pulang ke Malaysia oleh JDT. Di tahun ke-6 di Malaysia, di pentas tertinggi Asia, beliau mempamerkan nilainya. Ini merupakan pemain yang paling berjaya dalam usaha mereka untuk mencipta sejarah di Asia.

Natxo Insa adalah ‘masterpieces’ dalam semua pemain warisan yang dibawa pulang ke Malaysia oleh JDT.

Impaknya sepanjang ACL 2022 menyaksikan JDT mara buat kali pertama ke pusingan kalah mati. Ia sejarah buat mereka dan Malaysia. Beliau melakar rating melebihi 7.0 dalam tiga aksi dan hanya sekali merekodkan 6.7 iaitu dalam perlawanan terakhir menentang Ulsan Hyundai yang beliau hanya sempat beraksi selama 16 minit.

Corbin Ong, Malaysia-Barbados (Go Ahead Eagles, Belanda)

Corbin Ong adalah bek kiri yang konsisten beraksi dalam semua perlawanan buat JDT mahupun skuad kebangsaan. Kehadirannya membaiki kelompongan di bek kiri yang jarang sekali boleh didapati di Malaysia.

Corbin Ong adalah bek kiri yang konsisten beraksi dalam semua perlawanan buat JDT mahupun skuad kebangsaan.

Ini adalah tahun kelimanya bersama JDT di Liga Malaysia dan di usia 31 tahun kini, tampaknya beliau masih mampu beraksi untuk beberapa tahun lagi. Kudratnya masih diperlukan pasukan dan juga skuad kebangsaan. Melakar tiga assist dalam lima penampilan di ACL 2022 membuktikan impak berkesan yang disumbangkannya.

Matt Davies, Malaysia-Australia (Pahang, Malaysia)

Inilah salah satu pemain yang dibawa bukan secara terus dari luar negara. Matt Davies terlebih dahulu beraksi bersama Pahang (kini Sri Pahang) selepas berpindah dari pasukan yang berpangkalan di A-League, Perth Glory.

Matt Davies terlebih dahulu beraksi bersama Pahang (kini Sri Pahang) selepas berpindah dari pasukan yang berpangkalan di A-League, Perth Glory.

Impaknya kini semakin terserlah selepas JDT menggunakan formasi 3-4-3, menyaksikan kombinasinya sangat baik bersama Shane Lowry dan Shahrul Saad. Beliau tampil beraksi dalam lima perlawanan di ACL 2022, malah telah merekodkan 100 peratus succesful dribbles dan 60 peratus succesful duels dalam lima perlawanan.

Sam Somerville, Malaysia-England (Tooting & Mitcham United, England)

Sam Somerville lebih menyerlah bersama Penang FC sepanjang dua musim beraksi apabila membantu mereka meraih promosi ke Liga Super dan kedudukan ke-3 liga dalam musim pertama di Liga Super 2021. Beliau telah menyertai Harimau Kumbang dari JDT selepas hanya diturunkan bersama JDT II sepanjang empat musim.

Sam Somerville telah berhijrah ke Selangor FC untuk musim 2022

Kini beliau telah berhijrah ke Selangor FC untuk musim 2022 dan masih belum diturunkan dalam saingan Liga Super. Beliau tidak gagal sepenuhnya di JDT apabila pernah menjulang Challenge Cup 2019 bersama JDT II.

Daniel Ting, Malaysia -England (Droylsden FC, England)

Sepanjang dua musim di JDT pada 2016 dan 2017, seperti Sam Somerville, beliau hanya diturunkan bersama JDT II. Beliau pernah menyertai Negeri Sembilan secara pinjaman sebelum ke PKNS FC dan akhirnya KL City.

Daniel Ting pernah menyertai Negeri Sembilan secara pinjaman sebelum ke PKNS FC dan akhirnya KL City.

Lebih menonjol bersama KL City pada musim lalu, bek kiri ini mula disebut-sebut bakal menyertai kem Harimau Malaya, namun akhirnya ‘menghilangkan’ diri sebelum bermulanya musim 2022. Dikaitkan bakal kembali ke JDT, akhirnya didedahkan oleh pihak pengurusan KL City, Daniel Ting tidak kembali disebabkan menolak vaksinasi.

Nick Swirad, Malaysia-England (Northern Rangers FC, Tasmania)

Beliau tidak dikenali ketika di JDT dek kerana hanya tampil beraksi di JDT II sepanjang setahun lebih sebelum dipinjamkan ke Melaka United pada jendela perpindahan kedua musim 2017. Di Melaka, beliau beraksi banyak perlawanan tetapi auranya lebih menyerlah bersama PKNS FC apabila dipanggil ke kem skuad kebangsaan.

Walaupun terpaksa digugurkan oleh bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal akibat kecederaan, beliau membuktikan kualiti yang dimilikinya. Malah, pada musim 2021 beliau menyertai kelab Thai League 2, Nongbua Pitchaya dan membantu mereka meraih promosi ke Thai League 1. Kini beliau beraksi di Sri Pahang.

Baca Juga : 3 pembelian Import yang ‘menjadi’ era Aidil Sharin

Baca Juga : 3 Faktor Dion Cools bagi ‘hint’ akan sertai JDT?

Artikel ini disiarkan pada 05/05/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Baca Juga : 3 pemain menyerlah dan ‘gagal’ era pemilik JDT, TMJ […]

  • […] Baca Juga : 3 pemain menyerlah dan ‘gagal’ era pemilik JDT, TMJ […]