3 Bekas Pemain Import Kedah ‘Biggest Flop’, era Aidil Sharin

Kedah Darul Aman antara pasukan yang sering memperkenalkan barisan pemain import menyerlah sehingga setiap kali akhir musim, akan ada beberapa pasukan lain berminat mendapatkan mereka untuk tahun seterusnya.

Aidil Sharin sejak menyertai kem kejurulatihan Kedah pada 2019, nyata sudah mempunyai banyak barisan pemain import yang beraksi bawah kendalian beliau yang datang dari pelbagai negara untuk memperkukuhkan taktikal pengendali ini.

Statistik Ngah Wan Ja

Namun, beliau juga tidak lari seperti sesetengah pengendali lain mengenai ada pemain import yang gagal menyerlah dan memberi kesan dalam pasukan sehingga dikritik hebat oleh segelintir penyokong.

Baca Juga : [VIDEO] 2 Insiden ‘aneh’ Jurulatih Sri Pahang panik serangan balas Kedah

Memetik laporan SemuanyaBola, berikut adalah senarai tiga bekas pemain import yang disifatkan sebagai gagal untuk memberi impak bersama Kedah sepanjang berada bawah kendalian Aidil Sharin.

Anmar Almubarakki

Bekas pemain kebangsaan Iraq, Anmar Al Mubaraki

Bekas pemain kebangsaan Iraq yang menyertai slot import Asia buat Kedah ini gagal untuk memberi impak seperti yang diinginkan oleh Kedah di bahagian tengah selain kerap dirundung kecederaan yang memaksa beliau diketepikan oleh kelab tersebut.

Walaupun begitu, beliau tetap mempunyai satu sumbangan gol sewaktu Kedah menewaskan Felda United dengan keputusan 4-0 di Stadium Darul Aman dan selepas itu beliau tidak mempunyai banyak aksi dalam pentas Liga Super.

Khidmat beliau ditamatkan pada Julai menerusi pengumuman media rasmi Kedah bagi digantikan oleh import baharu, Edgar Bernhardt di posisi tengah.

Amin Nazari

Pemain kacukan Sweden-Filipina, Amin Nazari

Pada musim 2020, segelintir penyokong Kedah menguar-uarkan khabar angin mengenai jeneral import baharu pasukan yang bakal menjadi maestro utama musim tersebut di bahagian tengah.

Pemain kacukan Sweden-Filipina itu menyertai Kedah pada musim 2020 bagi slot Asia dari kelab, Ratchaburi Mitr Phol bagi mengukuhkan jentera tengah pasukan yang dilihat sedikit goyah sejak musim sebelum itu.

Namun apa yang mengecewakan apabila kelibat Amin dilihat terlalu biasa dan tiada keistimewaan yang diterjemahkan beliau berbanding pemain tempatan.

Selain menjadi bahan gurauan penyokong, Amin juga ketika itu sering dibandingkan bersama pemain tengah muda Kedah, Fadzrul Danel yang dilihat lebih efektif berbanding beliau.

Rabih Ataya

Pemain kebangsaan Lubnan, Rabih Ataya

Sewaktu bersama UiTM FC, nama Rabih Ataya antara import yang sangat menyerlah kerana berjaya menghidupkan serangan pasuka itu dan mempunyai reputasi yang cukup tinggi.

Kelibat beliau pada awalnya menyertai Kedah amat dinantikan para penyokong yang menagih aksi lincah sebelum itu dipamerkan jua ketika bersama Sang Kenari.

Namun apa yang mengecewakan apabila kelibat Rabih tidak berjaya memberi sepenuhnya seperti diharapkan oleh para penyokong apabila aksi pemain kebangsaan Lubnan ini terlalu goyah dan menyusahkan rakan sepasukan selain kerap mengalami kecederaan.

Lebih parah, posisi beliau selaku pemain tengah menyerang juga gagal untuk menghidupkan lagi jentera serangan pasukan kerana gema memegang bola terlalu lama dalam situasi tak sepatutnya.

Walaubagaimanapun, Untuk musim ini masih lagi awal hendak diperkatakan, namun kelibat penyerang import mereka iaitu Ronald Ngah Wanja mula bermain di bibir pengkritik sebelum pemain dari Cameroon itu berjaya mempamerkan aksi lebih mantap pada perlawanan lalu menentang Penang.

Baca Juga : 6 Perkara JDT Berjaya Ikat Kawasaki, ‘Badak’ antara curi tumpuan

Artikel ini disiarkan pada 23/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (3)
  • […] Baca Juga : 3 Bekas Pemain Import Kedah ‘Biggest Flop’, era Aidil Sharin […]

  • […] Baca Juga: 3 Bekas Pemain Import Kedah ‘Biggest Flop’, era Aidil Sharin […]

  • […] Baca Juga : 3 Bekas Pemain Import Kedah ‘Biggest Flop’, era Aidil Sharin […]