3 Bahan je untuk buat biskut Choc Almond Cluster

Bahang hari raya makin terasa. Mak-mak mesti sibuk nak buatkan biskut raya untuk anak-anak.

Resipi Choc Almond Cluster yang dikongsikan Nor Shafawati ini, sangat untuk dibuat sebab guna 3 bahan je.

Bahan tak banyak, sedar-sedar je dah habis sebalang makan. Untuk satu adunan ni boleh dapat 3 balang.

CHOC ALMOND CLUSTER

BAHAN-BAHAN:

500g almond strips
350g milk choc coin (Beryls)
200g dark choc coin (Beryls)
1-2 sudu besar mentega (optional)

CARA-CARA:

1. Sangai almond strips dalam kuali selama 10-15 minit sehingga garing.


2. Dah siap, angkat dan sejukkan sedikit. Almond akan betul-betul rangup selepas dah sejuk sepenuhnya.
* Tambahan: boleh juga masuk dalam ketuhar sekejap selepas disangai (suhu 180° selama 5-10 minit).
3. Cairkan coklat dengan kaedah double boil. Dah cair angkat dan sejukkan sedikit.


4. Dah sejuk masukkan almond ke dalam coklat, gaul semua sehingga rata.


5. Tuang dalam paper cup. Masukkan dalam chiller sekejap selama 5-10 minit.


6. Jangan lama-lama, cukup sekadar coklat tu dah mengeras. Kalau tak, nanti sejuk berpeluh atas dia. Siap.

Kredit resipi: Nor Shafawati

Artikel ini disiarkan pada 22/04/2022

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)