2 beradik rentung rumah terbakar

Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanguit Gombak.

 

SHAH ALAM – Dua beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanguit Gombak pada Isnin.

Dalam kejadian itu, mangsa Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, ditemui rentung dalam kejadian itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.53 pagi.

“Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang termasuk Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA : Bantuan tunai diteruskan, fasa 1 dikredit mulai Januari

“Kedua-dua beradik itu ditemui rentung pada jam 4.43 pagi tadi selepas kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 4.13 pagi,” ujarnya

Jelasnya, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah teres kelas A berkeluasan 6×24 meter persegi dengan 70 peratus terbakar.

“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut,” jelas beliau

Sinar Harian

Artikel ini disiarkan pada 02/01/2023

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)